HONOR 90 penanda aras baharu fungsi fotografi, teknologi pelindung mata
HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan siri baharu iaitu HONOR 90, menetapkan penanda aras baharu bagi fungsi fotografi telefon pintar serta pembangunan teknologi perlindungan mata yang inovatif.
Timbalan Pengarah Negara Honor Malaysia, Matthew Ng berkata, siri Honor yang memperkenal tiga model baharu iaitu HONOR 90 5G, HONOR 90 Lite 5G dan HONOR Pad X9 itu boleh didapati di pasaran pada Sabtu ini.
Menurut Matthew, HONOR 90 5G tampil istimewa apabila dilengkapi dengan kamera Super Sensing 200 megapiksel (MP) untuk bahagian belakang dan kamera depan Super Clear 50MP.
“HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi skrin paparan perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko yang pertama di dunia.
“Paparan HONOR 90 5G juga menampilkan ‘Dynamic Dimming’ yang menyerupai cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata, serta teknologi Circadian Night Display HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan rembesan melatonin semula jadi untuk meningkatkan kualiti tidur pengguna pada waktu malam
“Selain itu, HONOR 90 5G menawarkan pilihan storan yang mengagumkan sehingga 5126B dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 5G untuk prestasi yang lancar,” katanya ketika Majlis Pelancaran HONOR 90 pada Khamis.
Tambah beliau, HONOR 90 5G yang berkapasiti 12 GB, 256GB boleh didapati pada harga RM1,799, manakala RM2,099 bagi model storan 12GB RAM, 512GB.
Dalam pada itu, ujar Matthew, model HONOR 90 Lite 5G hadir dengan harga serendah RM1,099 sesuai bagi mereka yang mahukan pilihan lebih berpatutan.
“Ia menampilkan kamera UItra 100MP, paparan 6.7 inci yang menakjubkan dengan ciri keselesaan mata, serta memori sebesar 8GB yang dipasangkan dengan storan 256 GB.
“Dengan reka bentuk dan keupayaan yang mengagumkan, HONOR 90 Lite 5G ditetapkan untuk memikat peminat teknologi dan fotografi supaya dapat menangkap sebarang gambar sama ada landskap dan potret diri dengan kualiti yang menakjubkan,” katanya.
Sementara itu, menurut Matthew, Honor turut memperkenalkan HONOR PAD X90, model tablet dengan harga sebanyak RM1,499 (8GB, 256GB) serta dilengkapi pelbagai fungsi khusus meningkatkan pengalaman hiburan dan pendidikan kepada pengguna.
“Mempunyai skrin paparan penuh HONOR 11.5 inci dengan ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh fungsi teknologi HONOR Histen.
“Di samping itu, pemproses Qualcomm Snapdragon 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 menyampaikan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan.
“Dengan bateri sebesar 7250 mAh yang tahan lama, pengguna boleh menikmatinya hiburan tanpa gangguan untuk tempoh yang panjang,” katanya.
Maklumat lanjut berhubung ketiga-tiga model siri HONOR 90 itu boleh didapati melalui laman rasmi https://bit.ly/HONOR90SeriesPR.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!