AJK Amanah Kuala Krai, anak maut nahas

Mohd Zuki dan anak lelakinya maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan kayu. - Foto Ihsan PDRM, gambar kecil: Mohd Zuki Mohamed, 55 - Foto: Media sosial
Mohd Zuki dan anak lelakinya maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan kayu. - Foto Ihsan PDRM, gambar kecil: Mohd Zuki Mohamed, 55 - Foto: Media sosial
A
A
A

GUA MUSANG - Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Kuala Krai dan anak lelakinya maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan kayu di kilometer 37, Jalan Gua Musang - Jeli di sini pada Khamis.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.15 petang itu telah menyebabkan Mohd Zuki Mohamed, 55, bekerja sebagai pemandu ambulans dan anaknya, Muhammad Hasbullah Mohd Zuki,15, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata, manakala seorang lagi anak mangsa iaitu Muhamad Huzaifah,18, mengalami kecederaan di dada telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semasa kejadian, pemandu ambulans tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, sampai di lokasi di mana keadaan jalan yang sedikit selekoh, dipercayai kereta dipandu mangsa telah masuk ke laluan lori terbabit dan bertembung.

Ujarnya, jenazah mangsa dan anaknya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 09-9121222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!