Selangor terus ke hadapan dalam memperkasa pendidikan
Israk Solutions optimis jalin kerjasama bangun sektor pendidikan dengan kerajaan negeri
SHAH ALAM - Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.
Ia seiring dengan usaha serta komitken Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa pendidikan dan membina hubungan sinergi antara sektor berkenaan dengan industri teknologi memberi impak positif kepada masa depan pendidikan negara.
Ini terbukti dengan peningkatan prestasi secara keseluruhan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022.
Antara kerjasama terkini yang harus diberi galakan adalah di antara Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Selangor (SSTP) dengan syarikat terbabit.
Dalam kerjasama dicetuskan itu, Israk Solutions berperanan sebagai perunding pakar teknologi maklumat dan turut menyediakan program latihan yang dikenali sebagai Arvia Certified Educator (ACE).
Menurut Pengarah Urusan Israk Solutions Sdn Bhd, Ahmad Najib Habeb, program berkala tersebut direka khas bagi memberi peluang kepada guru dan pendidik untuk belajar, mengalami dan mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar,
“Pendekatan seumpama ini amat berkesan terutamanya penggunaan papan pintar interaktif.
“Justeru, kami sangat berharap bahawa inisiatif ini akan lebih memperkukuhkan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan memberikan manfaat besar kepada guru dan pelajar di Selangor.
“Kerjasama ini merupakan langkah ke hadapan dalam memenuhi keperluan penghadapan pendidikan,” katanya ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Selayang Baru pada 6 Julai lalu.
Terdahulu pada majlis sama yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan Selangor.
Antara kursus yang ditawarkan di STDC ialah Teknologi Maklumat, Automotif, Elektronik, Elektrik, Kulinari, Motosikal, Tekstil Pakaian dan lain-lain.
Ujar Amirudin, Selangor mempunyai bilangan sekolah dan institusi pendidikan yang paling banyak di Malaysia.
“Justeru perkembangan sektor pendidikan harus diberi keutamaan kerana ia akan menjadi tarikan kepada pelabur luar.
“Kita turut mahu menggalakkan kerjasama antara sektor pendidikan dan industri teknologi tempatan,” katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Zainal Ismail yang menyuarakan sokongannya terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan pendigitalan dalam pendidikan.
Ini kerana jelas beliau, ia telah terbukti sangat membantu guru dalam mengukuhkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid ketika sesi PdPc berlangsung.
“Ia juga adalah selaras dengan salah satu teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah,” katanya.
Untuk makluman beberapa sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah kebangsaan telah mengunakan teknologi smartboard Arvia ini.
Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang smartboard ini boleh mengunjungi pautan https://www.israk.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!