[VIDEO] Lebih 100 hadiri Himpunan Daulat Tuanku:Pertahankan institusi diraja

A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 100 individu menyertai Himpunan Daulat Tuanku:Pertahankan institusi diraja yang diadakan di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

Himpunan yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor dan Pemuda Pakatan Harapan(PH) Selangor itu bertujuan untuk mempertahankan institusi diraja yang didakwa telah disentuh beberapa pihak tidak bertanggungjawab.

Himpunan Daulat Tuanku Pertahankan Institusi Diraja yang diadakan di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Himpunan Daulat Tuanku Pertahankan Institusi Diraja yang diadakan di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Himpunan yang bermula kira-kira jam 2 petang itu turut dihadiri ahli serta pimpinan Pergerakan Pemuda Selangor dan Angkatan Muda PH Selangor.

Turut kelihatan beberapa anggota polis yang turut melakukan kawalan keselamatan di sekitar lokasi himpunan di sini.

Wakil penganjur bersoladiriti dalam Himpunan Daulat Tuanku Pertahankan institusi diraja di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.
Wakil penganjur bersoladiriti dalam Himpunan Daulat Tuanku Pertahankan institusi diraja di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!