Zamsaham minta bantuan FAM, MFL

Norizam
Norizam
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membantunya berhubung tunggakan hutang yang belum dilunaskan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepadanya.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, KAFA berhutang dengannya sebanyak RM3.8 juta yang merupakan jumlah cukup besar dan boleh digunakan olehnya untuk menambah baik fasiliti Kelantan FC.

"Kepada KAFA, minta tolong supaya dapat bayar hutang RM3.8 juta kepada saya. Mungkin FAM atau MFL boleh bantu saya.

"Macam-macam yang boleh saya buat dengan RM3.8 juta itu, saya boleh buat berapa banyak padang dan saya boleh bayar gaji pemain yang tertunggak," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.

Difahamkan, Zamsaham membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW) dari KAFA pada September 2020.

Menurut laporan, jumlah itu membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada KAFA bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu.

Sebelum ini, Zamsaham juga pernah menyaman KAFA selepas persatuan itu gagal melunaskan tunggakan hutang tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!