[VIDEO] 'Dakwaan plot besar, Sanusi cuba alih perhatian'- Mahfuz

A
A
A

ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar' dirancang untuk memburukkan imejnya.

Dakwanya, Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu dilihat cuba mengalihkan isu di atas tuduhan di mahkamah beliau telah didakwa menghina Sultan Selangor sebelum ini.

"Bagi saya, dia hendak 'divert' isu itu kepada soal tindakan polis sedangkan isunya dia yang salah walaupun mahkamah belum putuskan tetapi hina raja itu perbuatannya.

"Dia bukan sahaja hina raja tetapi dia juga hina ALLAH sebab dia kata MB Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) tak cukup inci.

"Cukup inci tak cukup inci, saya bukan mahu inci besar ini, tinggi ini Tuhan yang bagi saya tinggi ini," katanya ketika ditemui pemberita di Alor Senjaya, di sini pada Jumaat.

Sanusi, Mahfuz.
Sanusi, Mahfuz.

Pada Rabu, Sanusi menyatakan tidak menolak kemungkinan dakwaan terbaharu berkaitan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) adalah satu plot besar dirancang memburukkan imejnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kata MB Kedah itu, beliau hanya mengetahui bahawa dirinya turut disiasat berkaitan kegiatan melombong REE yang berlaku di Bukit Enggang, Sik, melalui laporan media.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan dan pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang tidak kira lapisan rakyat termasuk pemimpin yang melakukan kesalahan.

"Takkanlah kita nak biarkan, jadi susahlah bila saya berhujah kalau orang besar buat salah kita tidak boleh ambil tindakan kerana apa, kerana orang kata itu politik.

"Orang besar akan bebas lah dari sebarang tindakan undang-undang. Maknanya orang besar bebas dari buat salah. Jadi tutuplah balai polis, tutuplah mahkamah... kita buat negara Taliban," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!