PKR umum calon PRN esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan nama calon-calon dalam pilihan raya negeri (PRN) di Padang Awam Majlis Bandaran Shah Alam (Shah Alam), pada Sabtu jam 8.30 malam.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, mereka yang terpilih akan menandatangani aku janji setia dan bon dengan parti sebagai salah satu syarat untuk menjadi calon.

"Saya dan rakan-rakan pimpinan akan bersama dalam program Malam Pengumuman Calon Keadilan bagi menghadapi PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Dijemput semua rakyat di kawasan sekitar untuk turun beramai-ramai bagi mendengar penerangan kami atas isu-isu semasa serta senarai calon Keadilan yang bakal bertanding. Kita jumpa di sana," katanya menerusi ciapan Twitter pada Jumaat.

Rafizi turut memaklumkan program berkenaan juga boleh ditonton secara langsung di media sosial beliau di Facebook, Youtube, TikTok dan Twitter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!