Gerai makan, restoran tutup sementara waktu tarawih

Surat arahan kerajaan negeri yang mula tular sejak semalam berkuat kuasa serta-merta.
Surat arahan kerajaan negeri yang mula tular sejak semalam berkuat kuasa serta-merta.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kerajaan Kelantan mengarahkan penutupan sementara gerai makan dan restoran pada jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Langkah tersebut adalah untuk memastikan semua pihak dapat menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhamad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut dan arahan itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta.

“Ya, betul,” jawabnya ringkas tanpa memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nik Abduh minta kerajaan Kelantan tarik balik arahan

Surat yang bertarikh 6 Mei yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin itu mula tular di laman sosial semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan peniaga itu sendiri.

Dan melalui surat yang sama, turut dinyatakan semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pengusaha kedai dan restoran di kawasan masing-masing.

Sebelum ini, beberapa tahun yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan larangan penjualan makanan sebelum jam 3 petang pada Ramadan dikeluarkan terhadap semua negeri di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Menjelaskan kewajaran tindakan itu, Jamil berkata, ia dilakukan supaya umat Islam lain tidak menyumbang kepada orang Islam yang tidak berpuasa dan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menjalani ibadah itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!