Anak Annuar Musa tidak tercalon pada PRN
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Ketereh, Afiq Amani yang juga anak kepada Tan Sri Annuar Musa, sah tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Menurut sumber, pengesahan itu sekali gus menafikan Afiq Amani akan dinamakan sebagai calon.
"Saya boleh sahkan di sini, BN (Barisan Nasional) Kelantan menampilkan ramai muka-muka baharu kali ini.
"Hanya empat calon lama yang dikekalkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Galas, Paloh, Nenggiri dan Bukit Bunga," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Presiden Muafakat Nasional (MN) memberi bayangan beliau tidak akan berlawan dengan anaknya Afiq Amani pada PRN ini.
Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!