PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

Ahmad Said dan Ahmad Razif
Ahmad Said dan Ahmad Razif
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu pada 12 Ogos depan menyaksikan dua bekas Menteri Besar kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Kedua-duanya adalah Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang akan bertanding di kerusi DUN Kijal dan Seberang Takir.

Nama mereka diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sempena Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada malam Jumaat.

Turut diumumkan ialah 105 calon Barisan Nasional (BN) lain yang akan bertanding di enam negeri dalam PRN bulan depan.

Pada PRU14 lalu, Ahmad yang juga Pengerusi UMNO negeri menang dengan majoriti 1,265 undi, manakala Ahmad Razif selalu Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menang dengan majoriti 1,884 undi.

BN mengumumkan 27 calon yang akan dipertaruhkan di Terengganu, manakala lima lagi kerusi menjadi pertaruhan Pakatan Harapan (PH).

Setakat ini, difahamkan baki lima lagi kerusi iaitu di DUN Batu Burok, Tepoh, Ru Rendang, DUN Manir dan Wakaf Mempelam akan ditandingi calon daripada parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Ahmad dan Ahmad Razif, turut dikekalkan bertanding mempertahankan kerusi adalah Setiausaha UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat; Bendahari UMNO negeri, Datuk Sabri Mohd Noor serta Timbalan Setiausaha UMNO negeri, Bazlan Abd Rahman.

Rozi akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Telemong, Sabri (Langkap) dan Bazlan (Batu Rakit).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku dicalonkan bagi DUN Pengkalan Berangan, manakala Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Muhamad Pehimi Yusof bertanding di DUN Kota Putera.

Pada PRU14 lalu Pas memenangi 22 kerusi DUN di Terengganu, manakala 10 kerusi lagi dimenangi UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!