PRN: BN serah Hulu Bernam kepada PH untuk bertanding di Batang Kali

Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain
A
A
A

HULU KELANG - Barisan Nasional (BN) bersetuju menyerahkan Hulu Bernam kepada Pakatan Harapan (PH) atas semangat Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di Hulu Bernam bagi membolehkan parti itu bertanding di Batang Kali.

Menurutnya, beberapa perubahan perlu dilakukan atas semangat Kerajaan Perpaduan bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos depan berjalan lancar.

"Saya faham sentimen dan harapan (BN) untuk pertahankan Hulu Bernam tetapi kita mesti faham situasi mewujudkan keserasian dan kesatuan antara kedua-dua parti.

"Jika PM (Perdana Menteri) berbesar hati serah kerusi Gombak Setia kepada BN, kita juga kena tunjukkan yang kita sedia berunding membuat 'adjustment' bersesuaian dengan keadaan politik semasa," katanya ketika ditemui pada program Hulu Kelang Bersama PMX di Padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, Hulu Bernam berpotensi untuk dimenangi BN, namun keputusan itu dibuat berdasarkan hasil rundingan PH-BN yang telah dibuat.

"Bukan Hulu Bernam tidak berpotensi dimenangi BN kerana itu antara kerusi yang kita tidak pernah kalah, namun kita kena lihat hasil rundingan yang telah dibuat.

"Sebab itu ada sedikit pertukaran untuk (BN) bertanding di Batang Kali sementara PH di Hulu Bernam," katanya.

Beliau menasihatkan supaya jentera BN terbuka dengan keputusan tersebut dan tetap bersemangat memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan di Selangor.

"Insya-ALLAH Ahad ini, saya akan turun ke sana untuk bertemu seluruh kepimpinan dan ahli BN Hulu Bernam bagi mereka memulakan tugas bantu calon PH yang akan diumumkan.

"Tak mengapa boleh bersedih satu atau dua hari tapi kemudian mula kembali bekerja dan bergerak.. Kali ini, kita serius dan pastikan Kerajaan Perpaduan ini akan bertahan," katanya.

Hulu Bernam sebelum ini disandang Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar selama dua penggal.

Status kerusi Hulu Bernam sebelum ini menjadi pertikaian selepas tindakan Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin mengumumkan parti itu bakal bertanding di DUN tersebut menggantikan BN.

Susulan itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim meluahkan rasa senang begitu dengan tindakan terburu-buru mengeluarkan kenyataan sedangkan kepimpinan tertinggi gabungan PH dan BN belum lagi membuat sebarang keputusan atau kenyataan berhubung pertukaran DUN terbabit.

Bagaimanapun, kekeliruan tersebut terjawab selepas kerusi itu tidak tersenarai semasa pengumuman 12 calon BN PRN Selangor yang diadakan pada Jumaat.

BN mengumumkan 12 calon BN yang akan bertanding di Selangor, mereka ialah Datuk Rizam Ismail (Sungai Air Tawar), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Datuk Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Mohamad Khir Ramli (Sungai Burong), Datuk Jahaya Ibrahim (Jeram), Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican (Kuang).

Selain itu, Megat Zulkarnain akan bertanding di Gombak Setia, Datuk Johan Abd Aziz (Dusun Tua), Wan Zulaika Anua (Semenyih), Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (Sijangkang), Datuk Roslee Abd Hamid (Selat Klang) dan Noorazli Said (Dengkil).

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!