Isu hutang peneroka Felda: Muhyiddin sedia jumpa Anwar di mahkamah

Muhyiddin (kanan) semasa hadir pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Muhyiddin (kanan) semasa hadir pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk berdepan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak takut untuk berdepan Anwar walaupun telah disaman sebanyak RM200 juta.

"Tidak mengapa, biarlah kita pergi mahkamah kerana saya tidak bersalah," katanya ketika berucap pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam Jumaat.

Menurut beliau, Anwar tidak faham untuk membezakan antara penghapusan hutang dan sukuk.

Ujarnya, ketika beliau mentadbir kerajaan, masalah Felda yang dialami termasuk terdapat pengurusan tidak cekap, pendapatan merosot sehingga hutang tidak boleh dibayar.

"Ia membabitkan jumlah hutang seluruh negara hampir RM12 bilion. Ketika itu, kami mengambil keputusan membantu peneroka Felda pada 2021 dengan menghapuskan hutang sebanyak RM8.3 bilion.

"Namun Perdana Menteri kata saya cakap bohong, sedangkan saya tidak pernah bohong kerana saya ada bukti," katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mahu Muhyiddin meminta maaf dan membayar pampasan RM200 juta kerana menjejaskan reputasi beliau berhubung dakwaan fitnah membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Melalui jawapan terhadap surat tuntutan Muhyiddin menerusi firma guamannya SN Nair & Partners, menyatakan Anwar akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri itu jika tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh surat jawapan berkenaan.

Surat jawapan terbabit dialamatkan kepada firma guaman, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership yang mewakili Muhyiddin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hutang peneroka Felda: Muhyiddin hantar notis tuntutan kepada Anwar

PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda

Anwar, Muhyiddin berjasa dalam penyelesaian hutang peneroka Felda

Hutang Felda: Anwar tunjuk bukti, desak Muhyiddin mohon maaf

Hutang Felda: MOF sahkan Anwar tandatangan FSRA

Dokumen didedahkan bukan perjanjian lupus hutang Felda - Marzuki