Lupakan cara lama untuk promosi bisnes
Pemasaran digital mampu kembangkan perniagaan anda dengan lebih luas
Tak dinafikan persaingan dalam dunia perniagaan menuntut para usahawan atau pemain industri merangka strategi perniagaan yang mantap dalam memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
Antara elemen penting dalam persaingan perniagaan namun sering dianggap remeh adalah strategi pemasaran. Dalam dunia digitalisasi hari ini, konsep pemasaran juga perlu berubah dan tak hanya tertumpu kepada pemasaran luar talian sahaja.
Dunia pemasaran digital memang cukup luas untuk diterokai dan memiliki potensi besar dalam membantu mengembangkan perniagaan dengan lebih efisien.
Namun hakikatnya masih ramai usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang tidak menguasai bidang pemasaran digital sehingga menyebabkan perniagaan mereka gagal berkembang dengan pantas.
Berikut adalah beberapa sebab biasa perniagaan PMKS mungkin bergelut dalam bidang ini:
1. Kekurangan Strategi dan sasaran pemasaran tak berkesan
Pemasaran digital memerlukan strategi jelas yang disesuaikan dengan kumpulan sasar dan objektif perniagaan. Kegagalan membuat strategi dan mengenal pasti kumpulan sasaran yang tepat akan membazirkan sumber tenaga serta kewangan kerana mereka mengiklankan produk atau perkhidmatan kepada sasaran yang salah.
2. Kandungan iklan membosankan, platform digital tak berkualiti
Kandungan untuk setiap iklan atau promosi adalah komponen penting dalam pemasaran digital. Jika kandungan yang dibuat tidak mempunyai nilai, perkaitan atau gagal untuk melibatkan kumpulan sasar pelanggan yang potensi, ia tidak akan menghasilkan pulangan pelaburan yang diinginkan. Begitu juga dengan laman sesawang atau media sosial yang direka bentuk dengan tidak menarik, tidak mesra pengguna, sukar dilayari, kurang responsif atau mempunyai masa pemuatan yang perlahan boleh memberi kesan negatif kepada pengalaman pengguna dan menjauhkan bakal pelanggan.
3. Kekangan Belanjawan dan tenaga pakar
Pemasaran digital selalunya memerlukan pelaburan kewangan, seperti perbelanjaan iklan, penciptaan kandungan atau mengupah bakat khusus. Belanjawan terhad dan kekurangan tenaga kerja pakar dalam pemasaran digital boleh menghalang keberkesanan kempen atau menyekat akses kepada alat serta perkhidmatan yang berharga.
Apabila dihimpit dua masalah ini menjadi punca kebanyakan usahawan PMKS mengabaikan terus aspek pemasaran digital. Sebaliknya mereka hanya tertumpu kepada penjualan produk dan perkhidmatan tanpa sebarang kempen pemasaran hingga menyebabkan perniagaan mereka berada di takuk sama.
Unifi Business mampu selesaikan masalah PMKS
Salah satu pilihan tepat bagi usahawan PMKS dalam menjuarai bidang ini adalah dengan mendapatkan penyelesaian pemasaran digital melalui Unifi Business.
Unifi Business sudah terbukti dalam membantu para usahawan terutamanya dalam sektor PMKS membangunkan prestasi perniagaan di negara ini.
Dengan kekuatan sebagai penyelesaian terbaik kepada pemasaran digital, usahawan PMKS boleh bergantung harap sepenuhnya kepada kepakaran pasukan Unifi Business untuk merencana, melaksanakan dan memantau pemasaran digital mereka. Usahawan PMKS akan mendapat strategi pemasaran digital yang jelas yang sejajar dengan matlamat dan khalayak sasaran mereka melalui Unifi Business.
Apatah lagi dengan pelan langganan permulaan yang berbaloi dan bersesuaian dengan bajet usahawan PMKS.
Penyelesaian pemasaran digital yang ditawarkan oleh Unifi Business ini boleh memberi manfaat kepada usahawan PMKS dalam menyelesaikan masalah mereka.
Terutamanya membabitkan cabaran strategi pemasaran digital, mencapai kumpulan sasar pelanggan yang tepat, penyediaan kandungan dan rekaan grafik yang kreatif dan paling penting mengoptimumkan perbelanjaan pemasaran digital yang dapat diterjemahkan kepada pulangan pelaburan yang berbaloi.
Kelebihan Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business untuk PMKS
Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi oleh Business ini boleh membantu usahawan PMKS untuk meneroka dunia pemasaran digital dengan lebih teratur, berkesan dan memberikan impak positif kepada perkembangan perniagaan PMKS.
Ini kerana Unifi Business merupakan pakar dalam Penyelesaian Pemasaran Digital dan Rakan Niaga Digital yang paling boleh dipercayai oleh usahawan PMKS dalam membantu mengembangkan perniagaan melalui pengiklanan dan promosi di alam maya.
Dengan adanya bantuan daripada tenaga kerja berkemahiran serta berpengetahuan luas dalam Penyelesaian Pemasaran Digital di pelbagai platform atas talian dan media sosial akan dapat memastikan jaringan pelanggan yang luas dapat dijangkau secara sistematik dan tepat.
Sebagai Rakan Niaga Digital yang paling ideal untuk semua usahawan PMKS, Unifi Business berusaha untuk memberikan impak maksimum kepada pemasaran dan pembangunan perniagaan PMKS.
Perkhidmatan nilai tambah kempen Unifi Business
1. Rekaan grafik percuma
Usahawan PMKS tak perlu lagi nak pening-pening kepala fikirkan mengenai rekaan grafik yang menarik dan kreatif untuk pemasaran digital apabila mereka bersama Unifi Business.
- Penyelesaian Pemasaran Digital ini menawarkan bantuan rekaan grafik profesional untuk menghasilkan rekaan yang bersesuaian, penuh kreativiti dan memiliki daya penarik kepada pelanggan. Jadi bila rekaan grafik iklan mahupun promosi pemasaran yang superb, maka peluang untuk usahawan PMKS menggamit para pelanggan membeli atau melanggan produk serta perkhidmatan mereka pun akan jadi lebih senang.
2. Penulisan iklan dan carian kata percuma:
Jika ada rekaan grafik yang menarik tapi penulisan iklan kekurangan ayat-ayat pujukan atau rayuan pemasaran, maka ia menjadikan iklan itu hanya indah pada rupa. Tak indah pada kata-katanya. Jadi, khidmat penulisan iklan percuma juga turut ditawarkan kepada usahawan PMKS.
Disamping itu juga, Penyelesaian Pemasaran Digital Unifi Business ini juga menyediakan percuma adalah khidmat carian kata di platform digital kepada usahawan PMKS.
3. Pengoptimuman kempen pemasaran percuma:
Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh usahawan PMKS bagi tujuan pemasaran digital yang dioptimumkan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada perniagaan.
4. Pengurus kempen yang khusus
Usahawan PMKS yang sering berdepan dengan kekangan masa serta tenaga kerja untuk menguruskan aspek pemasaran digital tidak lagi perlu risau kerana mereka akan dibantu oleh seorang pengurus yang khusus serta komited.
5. Laporan bulanan kempen:
Bagi memastikan setiap kempen digital yang dibuat memberi impak yang sepatutnya berdasarkan dapatan data, laporan bulanan berkaitan kempen akan disediakan secara teliti untuk usahawan PMKS.
6. Pakar dalam pemasaran digital
Isu kekurangan tenaga kerja pakar dalam pemasaran digital bukan lagi satu masalah kerana Unifi Business menyediakan pasukan yang berkemahiran dan penuh komitmen untuk melaksanakan pemasaran digital ini.
Apa kata usahawan PMKS
"Jualan bulanan saya meningkat sebanyak RM6,553.00 selepas saya melakukan periklanan di FB. Hampir 2 kali ganda dari jualan bulan sebelum ini." - Pemilik Mega Laziz Patin, Saharuddin Ahmad
"Kami mendapat 143 maklum balas melalui mesej daripada pelanggan dengan 20 peratusnya terjemahkan kepada jualan. Daripada iklan tersebut, kami juga mendapat petunjuk yang berpotensi, ulasan pelanggan, permintaan harga dan berinteraksi dengan pelanggan." Pengurus Pemasaran Kempen (Uplift My Skin) Shireen.
"Kami sangat berpuas hati dengan iklan di Google sebab menaikkan rating laman web kami. Pesaing kami pun ada tanya macam mana boleh dapat top rank. Potential prospect pun banyak masuk dari iklan Google." Pengarah urusan, Mohd Hazry Bin Yusof
Jadi usahawan PMKS jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat dan berkesan.
Anda boleh klik pautan biz.unifi.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang dikuasakan oleh Unifi Business ini.
Ambil tindakan hari ini. Anda mungkin beruntung besar pada masa hadapan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!