PRN: Tujuh muka baharu wakili BN di Negeri Sembilan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menampilkan calon muka baharu di tujuh daripada 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Mereka ialah Timbalan Ketua UMNO Port Dickson, Mohd Najib Mohd Isa di DUN Bagan Pinang; Timbalan Ketua UMNO Jempol, Muhamad Zamri Omar di DUN Serting dan Naib Ketua UMNO Seremban, Mohd Asna Amin di DUN Lenggeng.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa Bahagian Rembau, Suhaimi Aini pula dipertaruhkan di DUN Kota; Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Suhaimizan Bizar di DUN Gemencheh dan Naib Ketua UMNO Kuala Pilah, Muhammad Sufian Maradzi di DUN Seri Menanti.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir pula diberi kepercayaan mempertahankan kerusi milik MIC di DUN Jeram Padang selepas MIC membuat keputusan untuk tidak bertanding di enam negeri yang terlibat PRN.

Dua calon wakil rakyat yang membuat kemunculan semula iaitu Ketua UMNO Port Dickson, Datuk Mohd Faizal Ramli dipertaruhkan di DUN Linggi dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid di DUN Juasseh.

Mohd Faizal pernah berkhidmat sebagai ADUN Bagan Pinang manakala Bibi Sharliza yang merupakan isteri kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula merupakan bekas ADUN Paroi pada 2004 hingga 2008.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terus diberi kepercayaan untuk mempertahankan DUN Rantau buat penggal kelima diikuti Datuk Zaifulbahri Idris di DUN Chembong dan Abd Razak Ab Said di DUN Gemas.

Begitu juga Saiful Yazan Sulaiman di DUN Johol, Mustapha Nagoor di DUN Palong dan Mohd Razi Mohd Ali di DUN Sungai Lui.

Dua calon ibarat sirih pulang ke ganggang apabila kembali ke kawasan yang pernah mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat iaitu bekas ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim di DUN Senaling dan Datuk Seri Jalaluddin Alias di DUN Pertang.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!