Tinjauan keperluan asas

A
A
A

Orang ramai mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk membeli barangan keperluan asas mereka seperti ayam, telur, daging dan sayur-sayuran di Pasar Chow Kit ketika tinjauan foto Bernama hari ini.

Lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM600 bagi mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan Sara bagi penerima STR di Semenanjung, akan dibuat secara berperingkat mulai 17 Julai lepas manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 7 Ogos ini.

Penerima STR dari Semenanjung akan menerima Sara dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas, yang diberikan dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini, dan dimasukkan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima, bagi pembelian di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan

No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland