PRN: Amanah pantau kesihatan Salahuddin
TANAH MERAH - Parti Amanah Negara (Amanah) akan memantau tahap kesihatan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub dari semasa ke semasa menjelang pilihan raya begeri (PRN) 12 Ogos ini.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Salahuddin yang baharu selesai pembedahan kerana pendarahan otak ketika ini direhatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Menurut beliau, penglibatan Salahuddin pada PRN akan datang belum dapat diputuskan kerana bergantung kepada tahap kesihatan beliau.
“Alhamdulillah, sekarang ini dia (Salahuddin) sedang berehat di hospital, Insya-ALLAH akan kembali pulih dan stabil.
“Untuk PRN nanti, kami akan pantau keadaan beliau setiap masa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Walk About Projek Kelompok Tanaman Jagung di Kampung Paloh di sini pada Sabtu.
Sebelum itu, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dikejarkan ke wad kecemasan pada jam 10.15 malam Ahad setelah mengalami mual dan muntah-muntah.
Ahli Parlimen Pulai itu selamat menjalani pembedahan pada jam 8.30 pagi dan menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) serta dalam pengawasan pasukan perubatan hospital berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan
Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!