Fahmi doakan kesembuhan Salahuddin
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendoakan kesembuhan segera buat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru selesai menjalani pembedahan susulan pendarahan otak.
"Saya mendoakan afiyah buat Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru selesai pembedahan. Semoga cepat sembuh,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.
Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembedahan ke atas Salahuddin yang mengalami pendarahan otak, telah selesai pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Salahuddin sedang menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan HSB.
Terdahulu, Syakirin memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam tadi dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan
Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!