Rakyat Sarawak layak nikmati kekayaan ekonomi, pembangunan adil - PM

Peserta dari etnik Bidayuh Sarawak mengibarkan bendera negeri pada Perhimpunan dan Perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, hari ini. - Foto Bernama
Peserta dari etnik Bidayuh Sarawak mengibarkan bendera negeri pada Perhimpunan dan Perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti pepatah Melayu 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’, Anwar berkata, adalah menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan supaya kemiskinan dapat dinoktahkan pada tahun ini.

"Ini tentunya akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak, serta jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.

"Mewakili pihak kerajaan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak,” kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau.

Menurut Perdana Menteri, tarikh hari ini amat besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 60 tahun yang lalu negeri itu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris iaitu pada 22 Julai 1963.

Katanya, tarikh itu juga menyaksikan Gabenor Inggeris terakhir, Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!