PRN: Baddrol mahu bantu pertahankan kepimpinan Sanusi

Baddrol berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, Pedu pada malam Jumaat.
Baddrol berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, Pedu pada malam Jumaat.
A
A
A

PADANG TERAP - Bekas Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar mengambil keputusan terlibat dalam bidang politik selepas meninggalkan sukan bola sepak.

Menurutnya, langkah tersebut diambil sempena Maal Hijrah pada tahun Ini termasuk mahu membantu mempertahankan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

"Saya ingin berhijrah daripada bidang bola sepak kepada bidang baru ini, bidang politik.

"Pertama sekali saya ingin memperjuangkan agama dan bangsa saya. kedua, saya ingin mempertahankan individu yang sedang diserang sekarang ini dan beliau juga tenang bertahan iaitu Menteri Besar kita, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Baddrol melayani peminatnya selepas berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, Pedu pada malam Jumaat.
Baddrol melayani peminatnya selepas berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, Pedu pada malam Jumaat.

“Itu sebab saya terbuka hati untuk perjuangkan beliau dan mempertahankan negeri Kedah ini di bawah beliau,” katanya semasa berucap pada Program Sembang Santai Geng Muda di Kampung Lubuk Perong, pada malam Jumaat.

Hadir sama penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan legenda bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din yang pernah bertanding mewakili Pas di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas pemain kebangsaan berusia 35 tahun itu berharap masyarakat di Kedah dapat memilih pemimpin yang dapat membantu dan mendengar keluhan rakyat di bawah.

Difahamkan Baddrol dan Radhi antara nama bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN Ini.

Radhi, 58, dilaporkan bakal diletak sebagai calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu manakala Baddrol pula dikatakan calon PN di DUN Bukit Selambau.

Pada Khamis, Muhammad Sanusi menyatakan PN bakal menampilkan dua bekas pemain bola sepak serta dua ahli akademik bertaraf profesor sebagai calon mewakili gabungan itu pada PRN Ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!