Tuah pengurus koperasi menang cabutan bertuah Perodua Axia

Fazielah Junaidi (kiri) menerima hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Perodua Axia.
Fazielah Junaidi (kiri) menerima hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Perodua Axia.
A
A
A

KOTA KINABALU - Gurauan seorang pengurus koperasi mahu memandu pulang ke Sarawak jika memenangi Perodua Axia akhirnya menjadi kenyataan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama tiket bertuah sempena Hari Koperasi Negara.

Fazielah Junaidi, 30, menerima hadiah itu ketika majlis perasmian Hari Koperasi Negara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama tiga hari bermula Jumaat.

"Pada mulanya saya cuma bergurau sambil melihat Perodua Axia yang dipamerkan di sini. Saya katakan pada rakan, kalau saya dapat kereta Axia ini, saya mahu memandu pulang dari Sabah balik ke Sarawak.

"Saya tidak sangka langsung apabila nama saya diumumkan sebagai penerima cabutan bertuah hari ini," katanya ketika ditemui SICC pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Fazielah berkata, kenderaan itu akan dibawa ke Miri dalam masa terdekat selepas selesai urusan mendapatkan cukai jalan.

"Kebetulan saya memang menjalankan perniagaan sampingan memberi perkhidmatan sewa kereta dan saya akan jadikannya sebagai kereta sewa di Miri nanti," katanya.

Fazielah berkata, dia berada di Kota Kinabalu sejak Khamis lalu bersama pengerusinya dari Koperasi Penanam Sawit Mampan Miahsuai Berhad Miri, Sarawak.

"Kami hadir pada program ini kerana disenarai sebagai 100 koperasi terbaik di Malaysia dan kami berada di sini selama tiga hari," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!