Kerajaan lulus RM200 juta naik taraf jalan perhubungan Orang Asli
GUA MUSANG - Kerajaan meluluskan RM200 juta bagi kerja-kerja menaik taraf jalan perhubungan Orang Asli di jajahan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tersebut melibatkan dua lokasi iaitu Jalan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatih-Pos Kuala Balah, Bihai.
"Peruntukan itu sudah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kalau tidak cukup peruntukan itu, saya akan bertemu Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan tambahan," katanya semasa menyampaikan ucapan di Program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, di sini pada Ahad.
Menurut beliau, peruntukan itu bukan kepentingan peribadi sebaliknya untuk Orang Asli.
Beliau mahu jalan perhubungan desa itu dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!