Mudryk temui sentuhan di AS

Mudryk (kanan) menyumbat gol sulung buat Chelsea dalam aksi pramusim menentang Brighton di Philadelphia pada Ahad. - Foto AFP
Mudryk (kanan) menyumbat gol sulung buat Chelsea dalam aksi pramusim menentang Brighton di Philadelphia pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Mykhailo Mudryk keluar daripada prestasi suram apabila meledak gol pertama buat Chelsea ketika membantu The Blues mengalahkan Brighton 4-3 dalam aksi pramusim di Amerika Syarikat pada Ahad.

Pemain antarabangsa Ukraine itu boleh menarik nafas lega setelah bergelut untuk menemui prestasi terbaiknya buat The Blues sejak tiba dari Shakhtar Donetsk dengan harga 88 juta pound (RM515 juta) pada Januari lalu.

Mudryk menyumbat gol kedua menerusi sepakan voli kencang pada babak kedua untuk membantu kemenangan kedua dalam dua perlawanan buat bos baharu Mauricio Pochettino di AS.

Pada aksi itu, Brighton terlebih dahulu di depan menerusi Danny Welbeck sebelum pemain baharu berharga 52 juta pound (RM305 juta) Christopher Nkunku menyamakan kedudukan dengan gol keduanya dalam jelajah.

Benteng Brighton kemudian longgar setelah pemain pertahanan, Jan Paul van Hecke diperintah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua.

Kekurangan seorang pemain Seagulls membuka ruang The Blues meledak lebih banyak gol.

Conor Gallagher meraih gol ketiga dan Nicolas Jackson menambah gol keempat - jaringan pertamanya bersama Chelsea selepas perpindahan bernilai 32 juta pound (RM187 juta) dari Villarreal.

Brighton bagaimanapun enggan mengalah dan membalas menerusi penalti Joao Pedro sebelum Deniz Undav meledak gol ketiga pada masa kecederaan, namun ia belum memadai dan terpaksa akur tewas 3-4 kepada Chelsea.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!