Mane sedia timbang semula tawaran kelab Arab Saudi

Mane - Foto Agensi
Mane - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Sadio Mane mungkin menimbang semula tawaran daripada kelab Arab Saudi yang berminat mendapatkan khidmatnya selepas dia kian dipinggirkan Bayern Munich.

Mane dikaitkan dengan penghijrahan ke Al-Ahli untuk beraksi dalam saingan Liga Pro Arab Saudi.

Malah pemain antarabangsa Senegal itu turut disebut-sebut untuk menyertai kelab Cristiano Ronalo, Al-Nassr pada jendela perpindahan kali ini.

Walaupun Mane pada awalnya enggan mengambil endah tawaran kelab-kelab dari Timur Tengah, namun pendirian itu berubah selepas Bayern mahu melepaskannya.

Dalam pada itu, Al-Ettifaq yang dibimbing legenda Liverpool, Steven Gerrard turut membuka pintu buat Mane, tetapi dia dilaporkan sudah berunding terma peribadi bersama Al-Nassr.

Sekiranya Al-Nassr serius mendapatkan khidmat Mane, mereka mungkin perlu berbelanja besar memandangkan Bayern enggan rugi selepas berbelanja 35 juta pound (RM205.04 juta) bagi mendapatkan khidmatnya dari Liverpool sebelum ini.

Nilai yuran perpindahan itu bagaimanapun bukan masalah besar buat Al-Nassr memandangkan mereka terdesak mencari penyerang yang mencipta gandingan dengan Ronaldo.

Bayern dilaporkan mahu melihat perpindahan Mane itu direalisasikan bagi membuka jalan untuk mereka membawa masuk penggempur berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane ke Allianz Arena.