Dua mesin ATM terbakar
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi sebelum jentera bomba pertama terus bergegas ke lokasi.
"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati dua mesin ATM yang terdapat di situ terbakar dengan anggaran kemusnahan akibat kebakaran masing-masing sebanyak 40 dan 70 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, kebakaran itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana ketika kejadian tiada mangsa berada di kawasan ATM tersebut.
Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!