Pandemik Covid-19 bukti warga pendidik bekerjasama urus cabaran

Datuk Pkharuddin Ghazali
Datuk Pkharuddin Ghazali
A
A
A

KOTA BHARU - Pandemik Covid-19 tiga tahun lalu membuktikan warga pendidik di negara ini dapat bekerjasama menguruskan semua cabaran dalam pendidikan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kesemua warga pendidik mampu mengatasi rintangan termasuk di luar sistem pendidikan.

Beliau juga yakin prinsip kebersamaan dan keterbukaan warga pendidik itu dapat membawa kemajuan pendidikan di negara ini.

"Kita sudah ada nilai saling mempercayai dan memberi inspirasi. Itulah yang akan kita teruskan," katanya ketika berucap sempena Program Cakna Madani Bersama Perdana Menteri di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Lim Hui Ying.

Pkharuddin berkata, sesuai dengan visi kementerian yang mahu sistem pendidikan bertaraf dunia, gerak kerja seluruh warga pendidikan perlu ke arah kepimpinan 'percaya dan inspirasi'.

Selain itu katanya, KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam pendidikan negara khususnya pendidikan digital.

"Pendigitalan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan dan kita perlu melihat pendekatan terbaik bagi memastikan pedagogi pendidikan dapat ditambah baik," katanya.

Beliau turut menekankan suasana yang stabil dan harmonis terhadap pelajar supaya pelajar seronok dan yakin diri untuk belajar.

Seramai 1,500 warga pendidik menghadiri program berkenaan yang turut melibatkan sesi soal jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!