'Saya tak pernah minta Anwar tarik pertuduhan rasuah' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid semasa Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, Machang pada Ahad.
Ahmad Zahid semasa Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, Machang pada Ahad.
A
A
A

MACHANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik 47 pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia untuk berdepan dengan pertuduhan itu.

"Saya tidak minta pertuduhan itu ditarik," katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!