Saya tidak mudah 'dicah keting' - Anwar
MACHANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan bahawa beliau tidak mudah 'dicah keting' walaupun kelihatan lembut mentadbir negara.
Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
"Mula-mula Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)... ingat Anwar (saya) ni baik sangat, buat salah ok.
"Saya ok, kamu nak cah keting...kamu ingat aku (saya) mudah untuk di cah keting," katanya semasa berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Pusat Transformasi Ilmu Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini pada Ahad.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, fokus utamanya ketika ini adalah menyelamatkan negara.
Ujarnya, pada masa sama beliau turut menyeru rakyat negeri ini untuk menyelamatkan Kelantan dengan cara menukar kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!