Kerajaan Perpaduan berazam majukan Kelantan - Anwar

Anwar menyampaikan ucapan perasmian Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan di Pusat Transformasi, Bukit Tiu pada Ahad malam. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan perasmian Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan di Pusat Transformasi, Bukit Tiu pada Ahad malam. - Foto Bernama
A
A
A

MACHANG - Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan jika calon parti yang mewakilinya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting untuk memastikan kebajikan rakyat terus terjaga serta terbela.

"Inilah masanya untuk rakyat perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.

"Saya minta orang Kelantan faham, tolong selamatkan Kelantan dan Malaysia kerana ini adalah peluang kita sebab kita fikir nasib Melayu, jaga rakyat desa dan miskin bandar serta pembangunan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Kelantan dekat Bukit Tiu di sini pada Ahad malam yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Senada dengan keazaman itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyeru agar rakyat Kelantan memberi peluang kepada parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negeri itu.

"Semua calon yang bertanding perlu bekerja keras dan kita minta rakyat Kelantan beri peluang kepada calon-calon mewakili Pakatan Harapan dan BN untuk menang pada PRN kali ini sekali gus dapat mengambil alih tampuk kepimpinan daripada PAS (yang telah memerintah) selama 33 tahun.

"Kalau kita menang, kita akan berlaku adil kepada semua rakyat, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang memerlukan," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!