Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan
KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan pasanganya Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra memilih nama Johan kepada putera sulung baginda.
Che Puan Mahkota berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Ahad.
“Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.
Sinar Harian pada 19 Julai melaporkan, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson dikurniakan putera pertama.
Berita gembira itu dikongsi di media sosial Pejabat Sultan Kelantan.
Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anakanda putera pada 17 Julai di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!