Pemergian Salahuddin kehilangan besar buat rakyat - PKR Selangor
SHAH ALAM - Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Ahad disifatkan satu kehilangan besar buat rakyat, teman-teman dan negara.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, bukan itu sahaja, Allahyarham merupakan seorang tokoh politik dan 'abang' kepada adik-adik muda khususnya dalam politik.
Beliau juga menyifatkan Allahyarham seorang yang senang didekati sepanjang beliau menjadi pemimpin politik, sangat tenang dan berdiplomasi.
"Majlis Pimpinan Negeri Selangor, serta seluruh anggota PKR merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ahli-ahli Parti Amanah Negara atas pemergian Allahyarham semalam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di laman Facebooknya turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Menurut Menteri Besar, Salahuddin berusia 61 tahun merupakan seorang pemimpin yang amat tekun bekerja dan prihatin terhadap nasib rakyat.
Berita kematian Sallahudin disahkan oleh anaknya Fatiha Salahuddin menerusi kenyataan di Facebook.
Media sebelum itu melaporkan Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB selepas mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin Ayub meninggal dunia
'Berehatlah sahabatku...' - Anwar
Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin
Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub
Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar
Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu
Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi
Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru
Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!