'Impian ayah meninggal ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung

Iskandar Zulkarnain
Iskandar Zulkarnain
A
A
A

PONTIAN - " Ayah ada beritahu sekiranya dia meninggal dunia, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat," kata anak sulung Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Iskandar Zulkarnain, 37, berkata, terlalu banyak nasihat diberikan Allahyarham kepada dia dan lima adiknya selain memahami bapanya itu milik rakyat.

"Sebagai anak, kami sudah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.

"Terlalu banyak nasihatnya yang saya ingat antaranya dia pernah pesan jangan campur urusan kerjanya dan dia ajar kami untuk berdikari serta tidak bergantung padanya.

"Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot di sini, pada Isnin.

Sebelum itu, Iskandar turut mengimamkan jenazah Salahuddin yang mana ia antara permintaan terakhir Allahyarham.

Iskandar yang mewakili keluarga memohon semua pihak mendoakan Allahyarham bapanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pergi dengan nama yang baik dan jasa baiknya.

"Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!