Pesawat terhempas di Port Sudan, 9 terkorban

Sembilan terkorban susulan sebuah pesawat Antonov awam terhempas di Lapangan Terbang Port Sudan akibat kegagalan teknikal - Foto:"AP
Sembilan terkorban susulan sebuah pesawat Antonov awam terhempas di Lapangan Terbang Port Sudan akibat kegagalan teknikal - Foto:"AP
A
A
A

KHARTOUM - Sembilan orang terbunuh apabila sebuah pesawat terhempas di bandar pesisir pantai Sudan, Port Sudan, menurut kenyataan akhbar tentera Sudan pada Ahad.

"Sebuah pesawat Antonov awam terhempas di Lapangan Terbang Port Sudan akibat kegagalan teknikal, menyebabkan sembilan orang maut termasuk empat anggota tentera manakala seorang kanak-kanak terselamat,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Port Sudan, merupakan antara bandar yang dikawal Tentera Sudan sejak perang meletus di negara itu pada 15 April lepas.

Nahas itu berlaku selepas lebih tiga bulan pertempuran antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan negeri-negeri di barat Sudan.

Beribu-ribu orang terbunuh dan berjuta-juta hilang tempat tinggal sejak meletusnya perang di Sudan, yang sebelum itu dibelenggu pertempuran puak dan masalah ekonomi. - Bernama

:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!