Tapir Malaya ditemui sesat di Singapura

Rakaman tapir Malaya ditemui di Punggol Park Connector pada Sabtu lalu. - Foto Agensi
Rakaman tapir Malaya ditemui di Punggol Park Connector pada Sabtu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Seekor tapir Malaya dikesan di Punggol Park Connector berkemungkinan besar sesat selepas berenang dari Malaysia ke Singapura, menurut Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres).

Pada pagi Sabtu, Richard Seah menyiarkan dalam kumpulan Facebook Singapore Wildlife Sightings bahawa dia baru melihat seekor tapir ' bersaiz babi besar' di Punggol Park Connector yang terletak bertentangan dengan Pulau Coney.

"Ia sangat malu dan melarikan diri," katanya sambil menjelaskan dia tidak sempat mengambil gambar keran ia berlari terlalu pantas manakala rakaman video kamera GoPro terlalu kabur.

Seorang lagi ahli kumpulan itu, MC Wai berkongsi foto dan video tapir di bahagian komen siaran Seah dan berkata dia telah melaporkan penampakan haiwan itu kepada Lembaga Taman Negara.

Dalam video itu, terdapat penampakan bahagian belakang tapir di sepanjang laluan dan apabila ia menyedari sedang dirakam, tapir itu lari masuk ke dalam hutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Acres, Kalai Vanan Balakrishnan memberitahu The Straits Times berkata, dia berharap haiwan yang diancam kepupusan itu 'menemui jalan pulang' atau akan di hantar pulang ke habitat asal jika ditangkap.

Pada 2016, seekor tapir Malaya dilihat di Changi pada jam 4.30 pagi (waktu tempatan) sedang berlari-lari di tepi pagar besi.

Penampakan tapi terakhir direkodkan di Pulau Ubin pada tahun 1986. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!