Negara merasai kehilangan Salahuddin - Tun M

Gambar kenangan bersama Salahuddin yang dikongsikan dalam Facebook Mahathir.
Gambar kenangan bersama Salahuddin yang dikongsikan dalam Facebook Mahathir.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan buat negara.

Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu begitu dirasai memandangkan Allahyarham dilihat sebagai seorang pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab.

"Saya mengenali beliau dengan lebih rapat ketika bersama dalam kabinet di antara tahun 2018 hingga 2020.

"Sepanjang tempoh tersebut, saya dapati beliau seorang pemimpin yang baik budi pekerti, rendah diri, bersifat amanah dan bertanggungjawab.

"Negara akan merasai kehilangannya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Salahuddin, 61, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam Ahad.

Allahyarham yang lahir pada 1 Disember 1961 pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2018 hingga 2020 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!