Saya tak nak sado tapi berisi: Ismail Izzani
PENYANYI Luar Biasa, Ismail Izzani, 19, berkongsi imej menampakkan sosok tubuh badannya di laman sosial itu bukanlah kerana mahu menunjuk-nunjuk.
Sebaliknya dia mahu melihat ada perubahan pada diri yang sebelum ini dilihat kurus.
"Sebenarnya saya dulu terlalu kurus keding dan berat pun 47 kilogram, malah pemakanan pun saya tak jaga. Jadi, sebab itulah saya buat perubahan pada diri sendiri untuk nampak sihat.
"Tahun lalu saya pernah main gim tapi stop sekejap dan memandangkan tahun ini macam kurus balik saya pergilah gim. Saya tak nak sado tapi berisi. Kalau menari nanti nampak pelik pula.
"Pergi gim bukan nak bina badan tapi sendiri jaga makanan kurangkan makan bergula dan berminyak," katanya berat terkini 59KG.
Ditanya adakah imej bertubuh sasa itu atas permintaan peminat, katanya tiada siapa yang suruh.
"Saya sendiri yang nak, baru tiga bulan alhamdulillah," katanya lagi.
Mengenai perkembangan kerjaya penyanyi remaja itu akan memperlahankan karier seninya kerana mahu fokus dalam bidang bisnes dengan menjual baju Melayu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!