PRN: Penyokong Pas Gual Periok turunkan bendera tanda protes

Penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok bertindak mencabut semula bendera Pas yang dipasang sebagai tanda protes selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan.
Penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok bertindak mencabut semula bendera Pas yang dipasang sebagai tanda protes selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Beberapa penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Wakil penyokong, Zakaria Omar, 60, berkata, tindakan itu sebagai tanda protes selepas tokoh berkenaan dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan.

"Kami melihat tiada keperluan untuk menggantikan Ustaz Mad yang disifatkan cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di Gual Periok.

"Beliau (Ustaz Mad) cukup disayangi, selain pemimpin yang bersifat cakna dengan setiap masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurut beliau, difahamkan calon yang bakal menggantikan Ustaz Mad tidak dikenali oleh penduduk setempat.

Ujarnya, pengganti itu juga didakwa sudah kalah dua kali dalam pilihan raya sebelum ini dan bertanding di luar Kelantan.

Penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok turunkan bendera parti itu selepas penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Mohamad Awang dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan.
Penyokong Pas di kawasan DUN Gual Periok turunkan bendera parti itu selepas penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Mohamad Awang dilaporkan tidak tercalon pada PRN 12 Ogos depan.

"Saya bimbang jentera parti dan penyokong akan merajuk dengan tindakan ini sekali gus menyulitkan gerak kerja kempen Pas," katanya.

Bagi Penghulu Mukim Bakat, Ruziha Mamat, 55, berkata, seluruh jentera parti kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan parti yang didakwa menggugurkan nama Mohamad.

Ujarnya, tindakan itu dijangka menggugat peluang Pas untuk menyapu bersih 45-0 di kawasan DUN Kelantan pada PRN nanti.

"Kalau Ustaz Mad calon, saya yakin Pas akan meraih kemenangan mudah kerana beliau cukup disayangi oleh rakyat.

"Sepatutnya, kepimpinan pusat datang berbincang dengan pihak DUN Gual Periok sebelum membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Mohd Rafti Mat Zain, 38, memberitahu, Mohamad merupakan pemimpin yang cukup disegani dalam kalangan anak muda.

Tambahnya, sikap cakna menjadikan anak muda cukup menyayangi pemimpin tersebut.

"Satu kerugian buat Pas kalau terus berkeras membawa balik calon luar bertanding di sini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!