Anwar pengerusikan Mesyuarat Presiden PH
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Kompleks Seri Perdana pada Isnin.
Difahamkan mesyuarat bermula jam 8.30 malam itu berkaitan dengan pilihan raya di enam negeri pada 12 Ogos depan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kenderaan membawa beberapa pemimpin politik mula memasuki Sri Perdana jam 8 malam.
Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Lim Guan Eng; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!