Rumah pusaka musnah terbakar

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan bantuan dari BBP Wakaf Tapai memadam rumah yang terbakar
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan bantuan dari BBP Wakaf Tapai memadam rumah yang terbakar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Lorong Sekolah, Kampung Gelugor Kedai di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.02 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan bantuan dari BBP Wakaf Tapai dengan kekuatan seramai 21 anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan dua buah rumah iaitu rumah pertama jenis separuh kekal berkeluasan 60 x 40 kaki terbakar sebanyak 80 peratus. Bagaimanapun rumah kedua jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 30 kaki hanya terbakar sebanyak lima peratus.

"Kebakaran rumah pertama itu melibatkan 80 peratus dan operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 7.56 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Lorong Sekolah, Kampung Gelugor Kedai, di sini, pada Isnin.
Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Lorong Sekolah, Kampung Gelugor Kedai, di sini, pada Isnin.

Rozizah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.

"Penghuni rumah berkenaan sempat melarikan diri dan tiada sebarang kemalangan berlaku.

"Setakat ini punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!