Padah tunjuk aksi tak kena tempat

Aksi video berdurasi 1 minit dan 3 saat itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.
Aksi video berdurasi 1 minit dan 3 saat itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.
A
A
A

TAPAH - Aksi berbahaya dua lelaki menunggang motosikal 'ala superman' yang tular di media sosial mengundang padah apabila mereka ditahan pada Isnin.

Lelaki berusia 19 dan 21 tahun yang merupakan rakan itu ditahan di dua lokasi berasingan di Tanjung Tualang, Batu Gajah sekitar jam 11 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan dilakukan berdasarkan maklumat video tular memaparkan penunggang melakukan aksi menunduk dan meniarap atas motosikal.

"Kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan penyelenggara mesin sawit itu telah mengaku menunggang motosikal terbabit sepertimana rakaman yang ditularkan.

"Mereka bersama rampasan motosikal telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati, kejadian berlaku di Kilometer 329 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dalam kawasan Tapah sekitar jam 1.47 petang pada Ahad.

Katanya, aksi video berdurasi 1 minit dan 3 saat itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.

"Terima kasih kepada orang ramai yang memberi maklumat dan kerjasama dalam memastikan keselamatan awam terpelihara.

"Polis akan terus mempertingkatkan operasi bagi membanteras sepenuhnya isu samseng jalanan di negeri ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!