Tiga ditahan bantu siasatan kes khianat guna api

Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi Isnin. - Gambar hiasan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, kesemua yang berusia 20 hingga 25 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang di sekitar Jalan Bukit Kapar, Klang selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 8.53 pagi.

“Motif kejadian sedang disiasat dan polis akan membuat permohonan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Klang, esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api,” katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau mana-mana balai berhampiran.

Terdahulu tular video berdurasi 17 saat menerusi beberapa platform media sosial hari ini memaparkan seorang individu bertindak membakar sebuah premis. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!