Zenga percaya Audero sesuai buat Inter
BEKAS penjaga gol legenda Inter Milan, Walter Zenga percaya bahawa pemain Sampdoria, Emilio Audero Mulyadi merupakan calon sesuai untuk mengawal benteng terakhir kelab Serie A berkenaan.
Nerazzurri sebelum ini giat melakukan pencarian penjaga gol selepas kehilangan Andre Onana yang menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan kapten Samir Handanovic yang meninggalkan San Siro selepas 11 musim di kelab itu.
Menurut Zenga, kualiti dimiliki penjaga gol Blucerchiati kelahiran Mataram, Indonesia berusia 26 tahun itu dilihat paling layak mengisi posisi ditinggalkan Onana dan Handanovic.
"Ramai dalam kalangan anda bertanya kepada saya penjaga gol mana yang saya lebih suka untuk menandatangani bersama Inter menjelang saingan musim baharu.
"Audero mempunyai banyak pengalaman beraksi di Serie A, cuma jika bersama dia memerlukan sedikit tempoh pelarasan.
"Daripada semua pemain yang telah dikaitkan sebagai calon Inter, saya akan mengatakan lebih suka Audero. Untuk profesionalisme, serta teknik dan kualitinya,” katanya.
Sebagai rekod, Audero menyertai Sampdoria pada musim panas 2018, pertama hadir di Turin telah membuat 163 penampilan untuk Blucerchiati dalam Serie A sejak lima musim lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!