Ardell, Nadzmi Adhwa timang anak kedua

Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.
Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.
A
A
A

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa, 31, menerusi akaun Instagram miliknya.

"Alhamdulillah... Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.

"Terima kasih doa yang baik-baik daripada semua. Syukur alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat," kongsinya.

Nadzmi dan Ardell bersama anak sulung mereka.
Nadzmi dan Ardell bersama anak sulung mereka.

Bagaimanapun Nadzmi tidak berkongsi jantina anak kedua mereka.

Ruangan komen Instagram Nadzmi dibanjiri ucapan tahniah dan rata-rata terkejut dengan kelahiran anak kedua mereka kerana tidak pernah mengetahui kehamilan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 33 tahun.

Sekadar info, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!