Kuil perlu pulangkan tanah, wang: Amirudin
Langkah itu sebahagian penyelesaian dicadangkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang turut dipersetujui Kerajaan Selangor.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyambut baik kenyataan Thomas berhubung isu kuil terbabit.
"Kerajaan Selangor sambut baik kenyataan Peguam Negara berkenaan isu Kuil Seafield dan setuju dengan penyelesaian dicadangkan yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.
"Sehubungan itu, Kerajaan Selangor berpandangan tapak tanah berkeluasan 0.4 hektar (satu ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta diberikan pemaju haruslah dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara,"katanya.
Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, boleh mencapai penyelesaian yang baik.
Beliau berkata para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanafaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini dan mereka yakin satu persetujuan dapat dicapai bagi suatu penyelesaian yang adil dan saksama berkaitan masalah yang berlarutan akibat kepentingan yang pelbagai serta saling bersaing dalam kalangan pihak-pihak ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!