Solat tarawih di Christchurch diawasi polis bersenjata

Umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Linwoo. - Foto Stuff
Umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Linwoo. - Foto Stuff
A
A
A

CHRISTCHURCH - [DIKEMASKINI] NEW ZEALAND. Insiden serangan tembakan meragut 50 nyawa berlaku di Christchurch dua bulan lalu nyata meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh umat Islam di dunia.

Tarikh 15 Mac menjadi hari bersejarah buat dua masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood Avenue di Christchurch, New Zealand.

Rata-rata penduduk masih terkesan dan trauma kes tragis itu dan sentiasa berwaspada untuk menunaikan solat tarawih pada Ramadan kali ini.

Bagaimanapun perkara itu tidak perlu dibimbangkan kerana menerusi laporan Stuff, sepanjang tempoh bulan Ramadan ini, dua orang pegawai polis bersenjata akan mengawasi pintu masjid di sekitar Christchurch.

Bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) turut dipasang di kawasan masjid, bagi memastikan umat Islam selesa beribadat.

Lawatan Kerabat Diraja Britain, Putera William (tengah) dan Perdana Menteri, Jacinda Ardern ( tiga dari kiri) sedikit sebanyak meredakan kebimbangan ancaman umat Islam di Masjid Linwood. - Foto Stuff
Lawatan Kerabat Diraja Britain, Putera William (tengah) dan Perdana Menteri, Jacinda Ardern ( tiga dari kiri) sedikit sebanyak meredakan kebimbangan ancaman umat Islam di Masjid Linwood. - Foto Stuff

Menurut Imam Abdul Lateef, Masjid Linwood telah dicat semula selepas peristiwa tersebut berlaku.

"Permaidani dan jubin yang baru turut dipasang.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun beberapa individu masih lagi trauma dan takut untuk datang ke masjid, sebagai imam, saya masih lagi berharap rumah ALLAH itu akan dipenuhi orang setiap malam Ramadan," katanya.

Jelas Lateef, masjid adalah tempat semua umat Islam berkumpul selain mendirikan solat.

"Mereka akan berbuka puasa bersama-sama setiap hari. Sokongan umat Islam di sini, bakal membuatkan Ramadan kali ini sama seperti tradisi sebelumnya.

"Kami tetap anjurkan aktiviti keagamaan seperti kelas fardu ain, bersolat seperti biasa.

"Termasuk secara terbuka menjemput tetamu bukan Islam menziarah masjid namun dikenakan syarat perlu menyarung tudung sebelum memasuki pekarangan masjid," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!