Tiga sekeluarga keracunan makan madu dibeli dalam talian

Ibu dan adik Hidayah menerima rawatan di hospital gara-gara memakan madu yang dibeli di dalam talian.
Ibu dan adik Hidayah menerima rawatan di hospital gara-gara memakan madu yang dibeli di dalam talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga sekeluarga mendakwa mengalami keracunan selepas memakan madu sejuk beku yang dibeli secara dalam talian.

Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok, Hidayah Dayha yang berkata, disebabkan madu itu, ibu dan dua adik-beradiknya ditahan wad.

"Siapa suruh beli madu atas talian... kan dah tiga orang masuk kecemasan, emak dan dua adik-beradik kena tahan wad.

"Susah hati dengan keadaan emak yang tidak berapa baik disebabkan faktor usia dan sejarah darah tinggi.

"Tolong doakan emak saya dapat keluar hospital hari ini (Ahad)," katanya menerusi aplikasi TikTok.

Susulan kejadian berkenaan, Hidayah memaklumkan kepada penjual tersebut namun respons yang diterima mengecewakan.

Jelasnya, tujuannya berbuat demikian adalah bagi menggelakkan orang lain menerima nasib yang sama seperti mereka dan mahu pihak terbabit menyiasat dan memperbaiki isu tersebut bukan bertindak lepas tangan.

"Apabila membuat aduan di TikTok shop seller (kedai TikTok) itu, dia tanya kita nak jatuhkan perniagaannya.

"Jadi awak nak ramai lagi masuk hospital?" soalnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!