Penduduk panik gempa 5.5 magnitud gegar Andana

Penduduk berdiri di luar bangunan dan menghubungi ahli keluarga masing-masing selepas gempa bumi 5.5 magnitud melanda Andana pada pagi Selasa. - Agensi
Penduduk berdiri di luar bangunan dan menghubungi ahli keluarga masing-masing selepas gempa bumi 5.5 magnitud melanda Andana pada pagi Selasa. - Agensi
A
A
A

ANKARA - Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda wilayah Andana di selatan Turkiye pada jam 8.44 pagi (waktu tempatan) menyebabkan panik dalam kalangan penduduk yang baru memulakan rutin harian mereka.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa itu terletak di daerah Kozan pada kedalaman 11.27 kilometer (km).

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan mahu pun kerosakan teruk harta benda dilaporkan dalam kejadian itu.

Gempa bumi di Andana berlaku kira-kira lima setengah bulan selepas dua gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud yang meragut lebih 50,000 nyawa serta menjejaskan lebih 13 juta penduduk di tenggara dan selatan Turkiye.

Selain Andana, sembilan wilayah lain yang terjejas teruk akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu itu adalah Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Kedua-dua gempa bumi itu disifatkan tiga kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara yang berlaku di barat laut negara itu pada tahu 1999.

Gempa bumi Marmara mengorbankan hampir 18,000 orang. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!