PMO nafi kerajaan beri tanah kepada Dr Zakir Naik
PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah dan slot dalam rancangan televisyen tempatan kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.
Menurut kenyataan PMO dakwaan sebuah saluran televisyen berpangkalan di India serta yang berlegar menerusi beberapa media sosial kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah bagi saluran Peace Channel milik Zakir Naik serta memberi slot untuk pendakwah itu muncul dalam stesyen televisyen tempatan adalah tidak berasas.
"Kami ingin menjelaskan bahawa semua dakwaan itu adalah tidak berasas,”kata PMO. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!