Tanah mendap di KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Gambar kejadian jalan mendap di KM66.1 Lebuhraya KLK yang dikongsi pengguna media sosial pada Selasa.
Gambar kejadian jalan mendap di KM66.1 Lebuhraya KLK yang dikongsi pengguna media sosial pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Semua lorong arah timur dan barat di Kilometer (KM) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian jalan mendap pada Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.34 malam itu melibatkan lokasi antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur.

Ekoran kejadian, pengguna dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur dinasihatkan keluar melalui persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke persimpangan Bentong Barat.

Gambar kejadian jalan mendap di KM66.1 Lebuhraya KLK yang dikongsi pengguna media sosial pada Selasa.
Gambar kejadian jalan mendap di KM66.1 Lebuhraya KLK yang dikongsi pengguna media sosial pada Selasa.

Pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan pula diarahkan keluar ke persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke persimpangan Bentong Timur.

Difahamkan aliran trafik di lokasi berlaku kesesakan.

Anih Berhad akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!