Tohtonku sasar jadi syarikat penjagaan diri paling progresif di Asia Tenggara
Sebagai sebuah syarikat yang sudah menjalankan dan mengembangkan bisnes ke serata Asia sejak 1964 sehingga kini, Tohtonku mempunyai lebih daripada 800 pekerja dan mempunyai 19 jenama pengguna di bawah syarikatnya seperti Nutox, Follow Me, Nanowhite, Ubermen dan lain-lain.
Pengurus Pemasaran Kanan Tohtonku, Cecilia Lee berkata, pihaknya menyasarkan untuk meluaskan pasaran menerusi beberapa langkah dan strategi termasuk mempertingkatkan aspek bahan serta formulasi setiap produk keluarannya.
Jelas beliau, Nutox juga telah dalam perjalanan untuk mentakrifkan semula kecantikan sejak 2006.
“Sebagai perintis dalam penjagaan kulit sarang burung di Malaysia, serta jenama terkemuka dalam segmen Anti-Penuaan, Nutox percaya rangkaian baharu dan inovasi produk yang dipertingkatkan ini akan dapat meningkatkan jualan ke tahap tinggi terutamanya dengan status pengeluar produk serum anti-penuaan nombor satu.
“Syarikat ini juga akan terus merintis penggunaan bahan yang lebih baik dan bersih untuk memenuhi pasaran terutama di negara ini,” katanya.
Untuk itu ujar Cecilia, Tohtonku akan menekankan pemasaran produknya di Jepun, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Brunei, Pakistan dan Sri Lanka.
“Dengan cita-cita untuk menjadi syarikat penjagaan diri yang paling progresif di Asia Tenggara dan untuk membina warisannya sebagai pemain terkemuka dengan produk kecantikan dan penjagaan diri yang stabil.
“Tohtonku juga tidak sabar-sabar untuk menghasilkan produk baharu yang akan memberi semua orang akses untuk kelihatan cantik dan berasa hebat supaya setiap orang benar-benar boleh menjadi ‘diri terbaik’ mereka,” jelas beliau.
Menyentuh mengenai produk terbaharu iaitu Nutox Youth Restoring Range, Ceilia berkata, rangkaian ini menggunakan bahan-bahan unggul seperti Premium Birdnest dan cendawan salji (cendawan tremella).
Malah ia juga diinovasikan supaya Nutox Youth Restoring Range lebih berkesan dengan sistem penyampaian yang berkuasa - Teknologi Penyasaran Mikro, yang mengunci kelembapan secara intensif dan terus mengepam dan mengisi semula kolagen ke dalam kulit kita.
“Nutox Advanced Serum Concentrate kini mempunyai 5 kali bahan aktif anti-penuaan yang membawa kepada kulit yang lebih tegang, gebu dan licin.
“Ia juga sudah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kedutan sebanyak 48 peratus dalam masa tujuh hari sahaja,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!