Bayern yakin mampu dapatkan Kane
BAYERN Munich semakin yakin mereka boleh mendapatkan Harry Kane dari Tottenham Hotspur musim panas ini sekiranya kelab Inggeris itu bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan.
Media Jerman melaporkan ketua eksekutif Bayern, Jan Christian Dreesen dan pengarah teknikal Marco Neppe mahu bertemu pengerusi Spurs Daniel Levy minggu ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Kane juga dilaporkan tidak akan menandatangani kontrak baharu dengan Tottenham pada musim panas ini menyaksikan dia mahu berpindah ke kelab lain.
Penyerang Spurs itu terbuka untuk bercakap secara rasmi kepada Bayern Munich dan juara Jerman itu percaya Kane mahu menyertai pasukan itu.
Namun, bidaan Bayern sebanyak dua kali untuk mendapatkan Kane iaitu £60 juta (RM353.2 juta) dan £70 (RM412.1 juta) ditolak oleh Spurs sebelum ini.
Pemilik Spurs, Joe Lewis memberitahu Levy bahawa penyerang sensasi itu berusia 30 tahun mesti dijual jika dia tidak menandatangani perjanjian baharu pada musim panas ini.
Kane, bernilai £100 juta (RM588.5 juta) walaupun hanya tinggal setahun lagi dalam kontraknya, ditawarkan kontrak baharu bernilai £400,000 (RM2.3 juta) seminggu.
Manchester United menyokong minat untuk mendapatkan Kane namun diberitahu bahawa mereka perlu membayar gaji sebanyak £577,000 (RM3.3 juta) seminggu untuk pemain itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!